awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar IPG lemas: Keluarga mangsa tuntut laporan menyeluruh, telus
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada Justin Trudeau dijangka umum pembubaran parlimen pada Ahad

Bernama
Bernama
13/08/2021
13:12 MYT
PM Kanada Justin Trudeau dijangka umum pembubaran parlimen pada Ahad
Ura-ura mengenai piilhan raya sudah tersebar sejak setahun lalu ketika Trudeau mengumumkan rancangan pemulihan COVID-19 September lalu. - Gambar fail/REUTERS
TORONTO: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dijangka membuat pengumuman mengenai pembubaran parlimen pada Ahad ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, memetik sumber lapor Sputnik.
Ura-ura mengenai piilhan raya sudah tersebar sejak setahun lalu ketika Trudeau mengumumkan rancangan pemulihan COVID-19 September lalu.
"Writ pilihan raya" mungkin diumumkan pada Ahad, memetik sumber.
Beberapa sumber lain pula menyatakan pilihan raya dijangka diadakan selepas berakhirnya pilihan raya umum Nova Scotia, yang dijadual pada Selasa, 17 Ogos.
Menurut penganalisis, saingan sengit diramal berlaku di Atlantic Canada, kubu kuat Liberal yang menyaksikan parti itu memegang 27 daripada 32 kerusi persekutuan.
Peraturan Pilihan Raya Kanada menetapkan kempen berlangsung antara 36 dan 50 hari, bermakna paling awal pengundian akan berlangsung ialah pada 20 September.
Namun, sekurang-kurangnya satu daripada parti pembangkang akan memohon kempen dilanjutkan kepada 50 hari, oleh itu kemungkinan tarikh pilihan raya mungkin ditetapkan pada awal Oktober.
Pemimpin dua parti pembangkang terbesar di Kanada telah meminta Trudeau untuk menangguhkan dahulu pilihan raya dan mengetepikan kepentingan politik ketika gelombang keempat pandemik dijangka melanda.
Berdasarkan tinjauan, Trudeau dari Parti Liberal dilihat mendahului sokongan dengan 12 peratus, unjuran yang cukup untuknya mendapat semula majoriti yang hilang dalam pilihan raya persekutuan 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#Justin Trudeau
#Parlimen
#bubar
#COVID-19
#nova scotia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan