awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Korea Selatan arah pemindahan segera susulan kebakaran hutan

Bernama
Bernama
20/11/2025
22:20 MYT
PM Korea Selatan arah pemindahan segera susulan kebakaran hutan
Perdana Menteri Korea Selatan mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan pemindahan penduduk dijalankan dengan cepat dan selamat selepas kebakaran hutan tercetus di Inje, Wilayah Gangwon.
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok pada Khamis mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan pemindahan penduduk dijalankan dengan cepat dan selamat selepas kebakaran hutan tercetus di Inje, Wilayah Gangwon, lapor Agensi Berita Yonhap.
Selepas menerima taklimat mengenai situasi itu, Kim mengarahkan pihak berkuasa perbandaran menggerakkan semua sumber pentadbiran yang perlu untuk membantu pemindahan penduduk di kawasan terjejas.
Beliau turut mengarahkan Perkhidmatan Perhutanan Korea bekerjasama dengan kerajaan wilayah, agensi bomba dan Kementerian Pertahanan bagi memastikan peralatan tindak balas mencukupi, memberi tumpuan kepada usaha mengawal kebakaran pada peringkat awal serta menghalang api daripada merebak ke kawasan berhampiran.
Kim meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pusat pemindahan dan bekalan bantuan kecemasan disediakan secukupnya bagi mengurangkan kesulitan kepada penduduk yang dipindahkan.
Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 5.29 petang di lereng bukit di Inje, 132 kilometer ke timur Seoul, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.
Pihak berkuasa telah membina benteng pemutus api di sepanjang rabung tempat api sedang merebak dalam usaha menghentikan pergerakannya.
Dengan masuknya waktu malam, penggunaan helikopter di kawasan terbabit tidak lagi dapat dilakukan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Risiko api merebak ke rumah berhampiran atau pangkalan tentera dilihat rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#kebakaran hutan
#PM korea selatan
#Kim Min-seok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan