awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thailand komited tingkatkan lagi hubungan Thailand-China

Bernama
Bernama
26/08/2024
12:45 MYT
PM Thailand komited tingkatkan lagi hubungan Thailand-China
Paetongtarn Shinawatra komited untuk mengukuhkan lagi perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif antara Thailand dan China. - Reuters
BANGKOK: Perdana Menteri baharu Thailand, Paetongtarn Shinawatra menyatakan pada Isnin bahawa Thailand dan China berkongsi "persahabatan rapat" dan beliau komited untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara, lapor Xinhua.
Paetongtarn menulis di platform media sosial X bahawa persahabatan Thailand dengan China adalah berdasarkan "saling percaya dan menghormati, visi bersama ke arah kemakmuran dan kemajuan, serta hubungan kekeluargaan antara rakyat kedua-dua negara".
Perdana menteri menambah bahawa beliau komited untuk mengukuhkan lagi perkongsian kerjasama strategik yang komprehensif antara Thailand dan China, dan berharap dapat meraikan bersama ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2025.
Paetongtarn, 38, pemimpin Parti Pheu Thai, dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Thailand pada 16 Ogos selepas memenangi undian parlimen. Beliau menerima pelantikan rasmi Raja Thailand Maha Vajiralongkorn menjadi perdana menteri wanita kedua dan pemimpin termuda dalam sejarah negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#hubungan kerjasama
#Thailand
#China
#kemakmuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan