awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Tunisia akan bubarkan kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2013
23:35 MYT
PM Tunisia akan bubarkan kerajaan
Perdana Menteri Tunisia Hamadi Jebali umum akan membubarkan kerajaan yang diteraju parti Islam dan akan membentuk pentadbiran perpaduan kebangsaan.
Kerajaan teknokrat hanya bersifat sementara sebelum pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat. Langkah berkenaan dibuat susulan kemelut terbaru di negara Afrika Utara itu, selepas salah seorang pengkritik utama parti Islam Ennahda dibunuh.
Chokri Belaid ditembak ketika meninggalkan kediamannya pada Rabu.
Menurut laporan, pemimpin berusia 47 tahun meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di salah sebuat pusat perubatan di Tunis.
Dia yang meneraju parti barisan hadapan menjadi sekutu kepada perikatan kumpulan kiri. Motif pembunuhan masih belum jelas.
Pembunuhan tersebut kemudian mencetuskan pertempuran antara penyokongnya dan pasukan keselamatan di tengah ibu kota yang mendakwa kerajaan terbabit dengan kejadian berkenaan.
Perkembangan itu dijangka akan membantutkan usaha Tunisia yang sedang berhempas pulas memulihkan semula kestabilan dan memperbaiki ekonominya.
Topic Berkaitan
#Chokri Belaid
#ditembak
#Hamadi Jebali
#tunis
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan