awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Belgium tembak mati lelaki disyaki pengganas

Agencies
Agencies
21/06/2017
00:47 MYT
Polis Belgium tembak mati lelaki disyaki pengganas
Insiden itu diklasifikasikan pihak berkuasa sebagai ancaman pengganas terbaharu di Eropah. - Foto Twitter/@remybonnaffe/via Reuters
Polis Belgium menembak mati seorang lelaki yang disyaki pengebom berani mati di Stesen Keretapi Sentral pada Selasa, namun tidak melibatkan kecederaan orang awam.
Insiden itu diklasifikasikan pihak berkuasa sebagai ancaman pengganas terbaharu di Eropah.
Lelaki itu pada mulanya menyebabkan satu letupan kecil di stesen keretapi berkenaan, sebelum ditembak oleh anggota polis yang berkawal di situ.
Saksi menyatakan lelaki itu ada melaungkan slogan yang dikaitkan dengan pengganas, namun pihak berkuasa tidak memberi sebarang komen berhubung hal itu.
"Kami anggap ini serangan pengganas,"kata Eric Van Der Sypt, seorang pendakwa raya kepada wartawan. Polis juga telah meminta orang ramai mengosongkan beberapa kawasan tumpuan selepas letupan yang berlaku sekitar jam 8.30 malam waktu tempatan.
Ibu negara Belgium yang merupakan lokasi ibu pejabat NATO dan Kesatuan Eropah, telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga insiden serangan yang mengorbankan 130 nyawa di Paris pada November 2015.
Insiden hampir sama berlaku di Brussels empat bulan kemudian, mengorbankan 32 orang awam.
Topic Berkaitan
#Belgium
#Paris
#pengganas
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan