awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI gesa California, Delaware siasat kelakuan anti-persaingan Musk
Konflik Asia Barat tekan inflasi, jejaskan ekonomi global -IMF
Artemis II pecah rekod Apollo 13 sebagai misi manusia paling jauh dari Bumi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Indonesia tembak mati dua suspek pengganas

AFP
AFP
25/12/2016
13:00 MYT
Polis Indonesia tembak mati dua suspek pengganas
Dua suspek pengganas mati ditembak polis Indonesia pada Ahad manakala dua lagi ditahan selepas cubaan berasingan yang membabitkan pengebom bunuh diri sempena Krismas di Jakarta. -REUTERS
Dua suspek pengganas mati ditembak polis Indonesia pada Ahad manakala dua lagi ditahan selepas cubaan berasingan yang membabitkan pengebom bunuh diri sempena Krismas di Jakarta.
Mereka difahamkan mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan di bawah kumpulan Daish.
"Kami telah arahkan mereka untuk menyerah diri, malah turut memberikan tembakan amaran.
"Namun mereka mula menyerang pihak berkuasa dengan parang dan kami terpaksa bertindak," kata jurucakap polis Awi Setiyono kepada AFP.
Pada Ahad, polis menyerbu rumah dua lelaki sebelum menahan untuk disoal siasat.
Mereka kemudian membawa polis ke lokasi berasingan di mana dua lagi anggota kumpulan itu bersembunyi.
Beberapa senjata tajam dirampas namun tiada bahan letupan ditemukan.
Suspek merupakan ahli kumpulan Jamaah Ansharut Daulah, pakatan militan yang menyokong kumpulan Daish yang bertanggungjawab membuat serangan ke atas sebuah gereja yang membawa kepada kematian seorang anak kecil di Borneo pada November lalu.
Seminggu sebelum sambutan Hari Natal, plot bom bunuh diri yang dirancang untuk musim cuti telah berjaya digagalkan polis Indonesia dengan menembak mati tiga militan dalam satu serbuan di Tangerang Selatan.
Topic Berkaitan
#bom bunuh diri
#daish
#Jamaah Ansharut Daulah
#Krismas
#pengebom bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan