awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki kurung diri di Parlimen Kanada

Bernama
Bernama
06/04/2025
11:52 MYT
Polis tahan lelaki kurung diri di Parlimen Kanada
Polis turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan dan maklumat terperinci mengenai insiden itu akan dikongsikan kemudian. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
MOSCOW: Polis Ottawa mengumumkan bahawa seorang lelaki yang sebelum ini memasuki dan mengurung dirinya di dalam bangunan Parlimen Kanada berjaya ditahan tanpa sebarang insiden, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kes lelaki yang mengurung diri di East Block selesai tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
"Seorang lelaki kini berada dalam tahanan," menurut kenyataan polis di platform X.
Polis turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan dan maklumat terperinci mengenai insiden itu akan dikongsikan kemudian.
Terdahulu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa seorang lelaki tidak dikenali telah mengurung diri di dalam bangunan Parlimen di Ottawa.
Kejadian dilaporkan bermula sebelum 3:00 petang waktu tempatan (7:00 malam GMT, 5 April), dan bangunan parlimen telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanada
#Ottawa
#lelaki kurung diri
#bangunan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan