awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan Yoon gesa bantuan segera untuk mangsa banjir

Bernama
Bernama
16/07/2023
09:55 MYT
Presiden Korea Selatan Yoon gesa bantuan segera untuk mangsa banjir
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad menggesa kerajaan bertindak pantas membantu mangsa yang dilanda hujan lebat baru-baru ini. - Gambar fail/AP
WARSAW: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad menggesa kerajaan bertindak pantas membantu mangsa yang dilanda hujan lebat baru-baru ini.
Arahan itu dibuat ketika Yoon mengadakan sidang video dengan Perdana Menteri Han Duck Soo dan menteri-menteri yang berkaitan, lapor agensi berita Yonhap memetik setiausaha kanan presiden untuk hal ehwal akhbar Kim Eun Hye.
"Sokongan untuk kerosakan yang disebabkan oleh bencana itu harus diberikan dengan pantas," kata Yoon pada mesyuarat itu, menurut Kim.
Yoon turut mengucapkan takziah kepada mangsa banjir dan mereka yang kehilangan orang tersayang.
Pertemuan itu diadakan ketika Yoon dalam perjalanan ke Warsaw selepas membuat lawatan mengejut ke Ukraine, di mana beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.
Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat telah mengorbankan 35 orang di Korea Selatan manakala lebih 10 orang hilang dan beribu-ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Korea Selatan
#Yoon Suk Yeol
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan