awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Laos terima anugerah kepimpinan ASEAN daripada KSI

Bernama
Bernama
16/09/2024
14:23 MYT
Presiden Laos terima anugerah kepimpinan ASEAN daripada KSI
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Vientiane di mana delegasi tertinggi KSI mengadakan kunjungan hormat ke atas Thongloun di Dewan Negara Laos.
PHNOM PENH: Presiden Laos Dr Thongloun Sisoulith hari ini menerima "Anugerah Sepanjang Hayat Pembinaan Negara Cemerlang ASEAN" daripada Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik sebagai pengiktirafan atas kepimpinan beliau.
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di ibu negara Laos, Vientiane di mana delegasi tertinggi KSI mengadakan kunjungan hormat ke atas Thongloun di Dewan Negara Laos.
"Hari ini Kelab Ekonomi ASEAN yang mempunyai ahli majlis eksekutif dari kesemua 10 negara ASEAN berbangga mengiktiraf kepimpinan dan sumbangan anda dalam pembinaan negara, yang merupakan cabaran besar dalam pemulihan pasca-COVID-19.
"Anda terus memberi inspirasi kepada negara dan rakyat anda untuk terus maju ke hadapan.
"Laos kini mungkin memiliki rangkaian landasan kereta api terkemuka termasuk landasan kereta api Vientiane-Kunming yang boleh membawa kepada kesalinghubungan perkhidmatan kereta api ASEAN-China, menghubungkan Singapura melalui Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam ke China dan seterusnya melalui Kunming ke Chongqing dan Jerman," kata Presiden KSI Tan Sri Michael Yeoh semasa majlis penyampaian anugerah itu.
Badan pemikir KSI sedang menganjurkan Forum Kepimpinan dan Perkongsian ASEAN 2024 bertemakan "Meningkatkan Kesalinghubungan dan Daya Tahan: Mara Ke Hadapan" yang diadakan di Vientiane dari 16 hingga 17 September.
Dalam ucapannya kepada delegasi KSI, Presiden berkata forum ini memainkan peranan penting dalam memupuk perkongsian awam-swasta untuk memacu pembangunan ekonomi ASEAN serta meningkatkan daya tahan dan kelestarian ekonomi Laos.
"Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf pencapaian saya tetapi juga sebagai penghargaan kepada rakyat Laos, yang sumbangan mereka terhadap pembinaan negara sepanjang tahun-tahun lalu amat bernilai dan sangat diperlukan.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Laos bersedia bekerjasama rapat dengan semua negara anggota ASEAN, rakan luar dan institusi serantau, termasuk KSI - Institut Strategik bagi Asia Pasifik untuk mempromosikan usaha pembinaan Komuniti ASEAN dan mendukung Pemusatan ASEAN," kata Thongloun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden laos
#thongloun sisoulith
#anugerah kepimpinan
#KSI
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan