awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Somalia umum peruntukan AS$10 juta perangi krisis iklim

Bernama
Bernama
15/07/2023
03:00 MYT
Presiden Somalia umum peruntukan AS$10 juta perangi krisis iklim
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 43,000 "kematian" mungkin berlaku pada 2022 di Somalia akibat kemarau berbanding pada 2017 dan 2018. - Gambar hiasan
HUDUR: Presiden Somalia Hassan Sheikh Mahamud telah memperuntukkan AS$10 juta untuk menangani perubahan iklim dan melindungi biodiversiti di negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Hari ini, kami secara rasmi melancarkan Inisiatif Tembok Hijau Utama (GGWI) di Somalia dan mengumumkan komitmen kewangan kami sebanyak AS$10 juta, yang akan menjadi sebahagian daripada peruntukan dana penyesuaian dengan kerjasama Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian," kata Mahamud.
Somalia menjadi negara anggota terbaharu Kesatuan Afrika yang menyertai inisiatif itu yang kini dianggotai 36 negara.
Mahamud berkata bahawa Inisiatif Tembok Hijau Utama adalah "pencapaian penting dalam komitmen negara untuk menangani perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar yang telah menyebabkan banyak penderitaan kepada rakyat kita."
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 43,000 "kematian" mungkin berlaku pada 2022 di Somalia akibat kemarau berbanding pada 2017 dan 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis iklim
#Hassan Sheikh Mahamud
#perubahan iklim
#lindungi biodiversiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan