awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Sudan pecat kabinet, lantik PM baharu

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2018
03:59 MYT
Presiden Sudan pecat kabinet, lantik PM baharu
Presiden Bashir (gambar) membuat keputusan untuk memiliki anggota kerajaan lebih kecil seramai 21 orang. - REUTERS / Fail
Presiden Sudan, Omar al-Bashir memecat anggota kabinet negara itu dan melantik seorang perdana menteri baharu bagi membentuk kerajaan lebih kecil dalam usaha menangani krisis ekonomi negara itu.
“Situasi ekonomi perlu diselesaikan dan untuk itu, Presiden Bashir memutuskan memecat kerajaan di semua peringkat.
“Presiden Bashir membuat keputusan untuk memiliki anggota kerajaan lebih kecil seramai 21 orang,” kata pembantu atasan Bashir, Faisal Hassan Ibrahim kepada media selepas mesyuarat NCP.
Kabinet terdahulu terdiri daripada 31 menteri diketuai Perdana Menteri Bakri Hassan Saleh, yang juga naib presiden pertama.
Bashir menamakan Moutaz Mousa Abdallah, Menteri Pengairan Kabinet terdahulu sebagai perdana menteri baharu, sementara Saleh akan terus memegang jawatan naib presiden pertama.
Ibrahim berkata, Abdallah ditugaskan membentuk Kabinet baharu, namun tidak jelas bila beliau akan mengangkat sumpah.
Keputusan membentuk kerajaan baharu itu diluluskan pemimpin atasan Parti Kongres Nasional (NCP), ia bagi mengatasi krisis ekonomi yang semakin meruncing didorong kekurangan akut mata wang asing dan peningkatan inflasi lebih 65 peratus. - Agensi
Topic Berkaitan
#Bakri Hassan Saleh
#kabinet
#kerajaan
#krisis ekonomi
#Moutaz Mousa Abdallah
#Omar al-Bashir
#pecat
#perdana menteri baharu
#presiden
#Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan