awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun

Bernama
Bernama
02/11/2024
10:23 MYT
Projek kereta api ringan Gunung Fuji dijangka angkut 3 juta pendaki setahun
Disebabkan terdapat tentangan dari penduduk tempatan, pihak berkuasa tempatan merancang untuk menggariskan hala tuju projek ini pada akhir tahun setelah menerima maklum balas. - PIxabay
KOFU: Cadangan perkhidmatan transit kereta api ringan yang menghubungkan kaki Gunung Fuji dengan stesen kelimanya berpotensi mengangkut 3.36 juta penumpang setiap tahun, menurut laporan terkini kerajaan tempatan.
Menurut Agensi Berita Kyodo, wilayah Yamanashi mencadangkan laluan dua landasan yang akan mengoperasikan kereta api dua gerabak setiap enam minit selama 10 jam sehari, bertujuan untuk menguruskan lonjakan pelancong musim panas sambil mengurangkan pelepasan asap kenderaan, menurut laporan interimnya.
Kerajaan tempatan menjangkakan pelaburan berjumlah 148.6 bilion yen (US$970 juta), dengan rancangan untuk membina landasan manakala syarikat swasta mengendalikan kereta api.
Dengan anggaran tiga juta penumpang setiap tahun pada kadar 10,000 yen seorang, sistem transit ini dijangka memberikan keuntungan sebanyak 184.8 bilion yen kepada wilayah itu dan 420.7 bilion yen kepada pengendali dalam tempoh 40 tahun, menurut laporan.
Disebabkan terdapat tentangan dari penduduk tempatan, pihak berkuasa tempatan merancang untuk menggariskan hala tuju projek ini pada akhir tahun setelah menerima maklum balas.
"Terdapat cabaran, namun ia boleh dicapai," kata Gabenor Yamanashi, Kotaro Nagasaki, dalam satu sidang media pada akhir Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api ringan
#Gunung Fuji
#pendaki
#pelancongan
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan