awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes baharu Catalonia bantah kekerasan polis terhadap pelajar

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/10/2019
23:19 MYT
Protes baharu Catalonia bantah kekerasan polis terhadap pelajar
Protes tercetus sebagai bantahan terhadap tindakan keras yang dikenakan pihak polis tempatan ke atas pelajar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-kemerdekaan sebelum ini. - AP Photo/Emilio Morenatti
PROTES baharu tercetus di Catalonia apabila penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat kerajaan di Barcelona pada Jumaat.
Ia sebagai bantahan terhadap tindakan keras yang dikenakan polis ke atas pelajar yang mengambil bahagian dalam perhimpunan pro-kemerdekaan sebelum ini.
Penunjuk perasaan berarak di jalan raya sambil memegang obor dan membawa bendera dengan tulisan "kebebasan" sebelum menuju ke ibu pejabat kerajaan tersebut.
Ada dalam kalangan mereka yang memakai gari bagi menunjukkan solidariti dengan mereka yang ditahan.
Ada dalam kalangan mereka yang memakai gari bagi menunjukkan solidariti dengan mereka yang ditahan. - AP Photo/Emilio Morenatti
Ada dalam kalangan mereka yang memakai gari bagi menunjukkan solidariti dengan mereka yang ditahan. - AP Photo/Emilio Morenatti
Aktivis pro-kemerdekaan Maria Llaurado berkata pelajar yang ditahan tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Mereka hanya berjalan. Polis menahan mereka dengan menggunakan kekerasan hanya kerana mereka memakai bendera ‘Estelada’ (bendera pro-kemerdekaan Catalan) seperti saya.
“Mereka kini terasing. Ini tidak adil kerana bagi negara berdemokrasi, perkara sebegini tidak boleh berlaku,” kata Llaurado.
Barcelona menjadi tumpuan sejak keputusan mahkamah Sepanyol memenjarakan sembilan pemimpin pemisah atas tuduhan menghasut dan penyalahgunaan dana pada 14 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
#barcelona
#Catalonia
#pelajar
#perhimpunan pro-kemerdekaan
#polis
#protes
#solidariti
#tindakan keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan