awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU Thailand: SPR sasar lebih 80 peratus keluar mengundi

Bernama
Bernama
13/05/2023
15:07 MYT
PRU Thailand: SPR sasar lebih 80 peratus keluar mengundi
Antara wajah yang memberi persaingan sengit dalam pilihan raya umum Thailand - (dari kiri) Pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat; Paetongtarn Shinawatra dari Parti Pheu Thai; dan Prayuth Chan-o-cha. - AP
BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Ahad ini.
Pengundian bermula pada 8 pagi (waktu tempatan) dan berakhir pada 5 petang Ahad.
Pengundi akan memilih 500 wakil rakyat untuk tempoh empat tahun akan datang dengan 400 kerusi menerusi pilihan raya manakala 100 lagi kerusi berdasarkan perwakilan berkadar parti.
Pada Ahad lepas, lebih 90 peratus daripada kira-kira 2.3 juta pengundi berdaftar keluar mengundi awal.
SPR menjangkakan 95 peratus keputusan tidak rasmi akan diumumkan menjelang 11 malam.
Sementara itu, semua aktiviti kempen akan berakhir pada 6 petang (waktu tempatan) hari ini.
Dalam kempen pada saat-saat akhir, parti-parti politik menggesa pengundi keluar mengundi.
Pilihan raya itu yang pertama sejak protes besar-besaran diketuai oleh belia pada 2020 dan kedua sejak rampasan kuasa tentera pada 2014 yang menyaksikan penyingkiran kerajaan dipilih. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya umum
#Thailand
#pengundi
#parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan