awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan maut dalam serangan udara tentera Myanmar

Astro Awani, Agensi
Astro Awani, Agensi
11/04/2023
09:59 MYT
Puluhan maut dalam serangan udara tentera Myanmar
Media tempatan melaporkan pesawat tentera melepaskan dua bom ketika penduduk berhimpun untuk majlis pelancaran pejabat pentadbiran parti pembangkang di Sagaing. - Foto/The Irrawaddy
SEKURANG-KURANGNYA 50 maut dalam serangan udara tentera Myanmar di bandar Pazigyi di Sagaing pada pagi Selasa.
Memetik penduduk, media tempatan melaporkan pesawat tentera melepaskan dua bom ketika penduduk berhimpun untuk majlis pelancaran pejabat pentadbiran parti pembangkang di Sagaing, yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Mandalay.
Saksi kejadian itu turut mendakwa kanak-kanak dan wanita antara mangsa yang terkorban.
Susulan serangan itu, tular di media sosial video dan gambar menunjukkan mayat rentung bertaburan, dikelilingi kenderaan hangus dan serpihan bangunan akibat letupan.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing berhubung serangan itu.
Myanmar masih di bawah pemerintahan tentera pimpinan Aung Hlaing yang merampas kuasa daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) diketuai Aung San Suu Kyi pada 1 Februari 2021. -- Agensi
Topic Berkaitan
#Myanmar
#serangan udara
#junta tentera
#Sagaing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan