awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan ribu rakyat Bulgaria desak Borissov letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2020
00:17 MYT
Puluhan ribu rakyat Bulgaria desak Borissov letak jawatan
Penunjuk perasaan melaungkan 'Resignation' ketika mengadakan demonstrasi di bandar Sofia, Bulgaria, 29 Julai, 2020. (Foto AP)
PULUHAN ribu rakyat Bulgaria menyertai demonstrasi bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Boyko Borissov dan Ketua Pendakwa Raya, Ivan Geshev.
Tunjuk perasaan anti-pemerintah itu memasuki minggu ketiga dan dilaporkan paling besar sejak tujuh tahun lalu.
Ia juga dilakukan bagi mendesak peletakan jawatan pemerintah negara kerana didakwa melindungi kumpulan mafia, gagal memerangi rasuah dan mereformasi badan kehakiman, serta tidak mengamalkan kebebasan bersuara.
Dalam tunjuk perasaan itu, orang ramai turut melaungkan ungkapan 'Resignation' (peletakan jawatan).
Walaupun perhimpunan berlangsung secara aman, namun ada juga pertempuran dan tangkapan dilaporkan.
Di Sofia pada Rabu, penunjuk perasaan menghalang beberapa persimpangan utama jalan pada waktu perniagaan hingga menyebabkan lalu lintas hampir berhenti.
Sementara itu, Presiden Bulgaria, Rumen Radev yang menyokong tunjuk perasaan berkata, Borissov dan Geshev perlu berundur daripada jawatan itu.
Sebelum ini, menerusi sebuah video yang disiarkan di Facebook, Borissov berkata, setiap orang berhak untuk berdemonstrasi, tetapi tidak harus menyekat jalan raya.
Borissov memerintah negara itu sejak 2009. Ini merupakan penggal ketiga beliau yang akan berakhir pada Mac tahun depan.
Topic Berkaitan
#bulgaria
#Facebook
#Ketua Pendakwa Raya Ivan Geshev
#letak jawatan
#menteri
#Penunjuk perasaan
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Boyko Borissov
#perhimpunan
#presiden
#Presiden Bulgaria Rumen Radev
#rakyat
#Rasuah
#Sofia
#tunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan