awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan ribu rakyat Jepun protes pelan pangkalan tentera AS di Okinawa

AFP
AFP
21/02/2016
14:10 MYT
Puluhan ribu rakyat Jepun protes pelan pangkalan tentera AS di Okinawa
Media tempatan melaporkan kira-kira 28,000 orang mengepung bangunan parlimen sambil membawa sepanduk yang tertera kata-kata seperti Jangan ada lagi pangkalan AS di Okinawa dan Patuhi kehendak Okinawa. - Foto
Puluhan ribu orang membuat bantahan di hadapan Parlimen Jepun pada Ahad berkenaan perancangan untuk membina sebuah pangakalan tentera Amerika Syarikat (AS) yang baharu di Pulau Okinawa.
Media tempatan melaporkan kira-kira 28,000 orang mengepung bangunan parlimen sambil membawa sepanduk yang tertera kata-kata seperti ‘Jangan ada lagi pangkalan AS di Okinawa’ dan ‘Patuhi kehendak Okinawa’.
Kebanyakan daripada penunjuk perasaan itu memakai baju berwarna biru sebagai simbolik sokongan kepada pulau tersebut.
Pihak polis bagaimanapun tidak memberi anggaran bilangan mereka yang terlibat dalam bantahan tersebut.
Kemarahan itu secara tidak langsung telah merenggangkan kepercayaan rangkaian pulau sebelah selatan negara itu dengan pentadbiran pusat.
Okinawa hanya membentuk kurang daripada 1 peratus daripada keluasan tanah Jepun, namun menjadi ‘rumah’ untuk kira-kira 75 peratus daripada prasarana ketenteraan AS di negara tersebut.
Kerajaan pusat merancang mahu membina sebuah pangkalan udara bagi Angkatan Tentera Laut AS di sebuah kawasan terpencil di pulau itu bagi menggantikan pangkalan udara Futenma yang terletak di bandar Ginowan yang berpopulasi padat.
Namun Gabenor Okinawa Takeshi Onaga dan ramai lagi penduduk pulau mahukan tapak pembinaan tersebut dibuat di luar Okinawa.
Penduduk merungut bahawa mereka tidak lagi dapat menahan pencemaran bunyi, insiden kemalangan dan jenayah yang sesekali dilakukan oleh tentera AS.
Jepun dan AS pada awalnya mencadangkan memindahkan Futenma pada 1996, namun kedua-duanya mahukan pemindahan pangkalan itu tetap dibuat di Okinawa, kerana lokasinya memudahkan tentera AS dan pesawat memberi respons pantas jika berlaku konflik di seluruh Asia.
Topic Berkaitan
#bantahan akyat Jepun
#pangkalan tentera AS
#pulau Okinawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan