awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putin secara rasmi dicalonkan untuk pilihan raya Presiden Rusia

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2017
20:08 MYT
Putin secara rasmi dicalonkan untuk pilihan raya Presiden Rusia
Presiden Rusia, Vladimir Putin secara rasmi dinamakan sebagai calon pilihan raya presiden Mac 2018 - EPA
Presiden Rusia, Vladimir Putin secara rasmi dinamakan sebagai calon pilihan raya presiden Mac 2018.
Pencalonan dibuat ketika Kremlin menolak kebimbangan larangan dikenakan ke atas pencabarnya bakal menjejaskan keabsahan proses demokrasi berkenaan.
Putin yang mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan itu untuk penggal keempat, mendapat 688 sokongan ketika mesyuarat di Moscow pada Selasa.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas pemimpin pembangkang Rusia, yang dinamakan bakal jadi pencabar terkuatnya, Alexei Navalny menggesa pilihan raya berkenaan diboikot, selepas pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihanraya Pusat Rusia (CEC).
Navalny dicalonkan penyokong kongres pada Ahad, dan biarpun mendapat sokongan mencukupi untuk bertanding, penamaannya ditolak, susulan sabitan kesalahan jenayah sebelum ini.
Navalny bagaimanapun mendakwa sabitan kesalahan jenayah ke atasnya bermotifkan politik.
Sementara itu, jurucakap Putin, Dmithry Peskov menegaskan Navalny berdepan siasatan jenayah susulan desakan supaya pengundi memboikot pilihan raya itu.
Selepas memfailkan pendaftaran rasmi, kempen Putin selepas ini perlu mengumpul 300,000 tanda tangan pengundi yang menyokong pencalonannya.
Ini kerana Putin bakal bertanding sebagai calon bebas, dan bukan atas tiket partinya.
Sementara itu, seorang lagi calon dari parti pembangkang, Ksenia Sobchak, diberi lampu hijau oleh CEC untuk meneruskan proses mengumpul tanda tangan bagi menyokong pencalonannya.
Topic Berkaitan
#calon
#Moscow
#pembangkang
#pilihan raya
#politik
#presiden
#Rusia
#siasatan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan