awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
Polis UK tahan tujuh penunjuk perasaan berhampiran pangkalan RAF digunakan AS
Selat Melaka kekal titik sempit transit minyak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar Airways sambung semula penerbangan ke Iran

Bernama
Bernama
16/04/2024
10:38 MYT
Qatar Airways sambung semula penerbangan ke Iran
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel. - Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Qatar Airways telah menyambung semula penerbangannya yang dijadualkan ke Iran berikutan pembukaan semula lapangan terbang dan ruang udara negara itu.
Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) melaporkan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata penerbangannya ke Iran termasuk 20 penerbangan seminggu ke empat destinasi termasuk Tehran, Mashhad, Shiraz and Isfahan telah disambung semula.
Syarikat penerbangan Qatar itu menggantung penerbangannya ke Iran sejak Sabtu setelah Iran bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas kemudahan diplomatik Iran di Syria, dengan melancarkan serangan dron dan misil.
Terdahulu, Iraqi Airlines juga mengumumkan ia akan menyambung penerbangannya ke Iran mulai Selasa.
Penerbangan antarabangsa dari dan ke Iran digantung selepas Iran melancarkan serangan ke atas Israel menggunakan beratus-ratus dron dan misil ke atas sasaran Zionis dalam wilayah yang diduduki.
Dengan berakhirnya serangan itu dan Iran mencapai matlamatnya, pelbagai negara secara beransur-ansur menyambung semula penerbangan mereka dari dan ke Iran, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar Airways
#Iran
#penerbangan
#serangan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan