awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel

Bernama
Bernama
24/06/2025
15:40 MYT
Qatar sambut baik perjanjian gencatan senjata antara Iran dan Israel
Qatar kekal berpegang pada nilai kejiranan baik dan menyokong sepenuhnya semua usaha ikhlas bagi menyelesaikan krisis serta membina dunia yang lebih selamat, bekerjasama dan makmur. - Reuters
DOHA: Qatar pada Selasa menyambut baik perjanjian genjatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Menurut Kementerian Luar Qatar, pihaknya menyatakan harapan agar perjanjian itu menjadi langkah bermakna ke arah penyelesaian konflik di rantau berkenaan dan global melalui dialog dan diplomasi, sambil menekankan kepentingan menggunakan kaedah damai untuk mencapai kestabilan yang berkekalan serta keamanan menyeluruh dan mampan.
Pada masa sama, kementerian itu turut menegaskan bahawa pelanggaran kedaulatan dan ruang udara Qatar oleh Iran merupakan sebahagian daripada peningkatan ketegangan berbahaya di rantau itu, yang memerlukan usaha ikhlas dan kolektif bagi menghalang semua tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Kementerian itu juga menegaskan bahawa Qatar akan terus berfungsi sebagai penggerak keamanan. Komitmen negara itu terhadap keamanan adalah berlandaskan prinsip dan tidak dipengaruhi oleh peristiwa tertentu atau pertimbangan politik yang berubah-ubah.
Qatar kekal berpegang pada nilai kejiranan baik dan menyokong sepenuhnya semua usaha ikhlas bagi menyelesaikan krisis serta membina dunia yang lebih selamat, bekerjasama dan makmur.
Kementerian itu turut merakamkan penghargaan ikhlas Qatar kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atas peranannya dalam memudahkan perjanjian berkenaan dan menyatakan harapan agar kedua-dua pihak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang dipersetujui.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Qatar
#gencatan senjata
#keamanan
#Iran
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami