awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Maghribi titah bantuan kemanusiaan, perubatan dihantar ke Gaza

Bernama
Bernama
01/08/2025
04:10 MYT
Raja Maghribi titah bantuan kemanusiaan, perubatan dihantar ke Gaza
Raja Mohammed VI selaku Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds bertitah agar bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar kepada rakyat Palestin khususnya penduduk di Gaza. - Gambar fail Reuters
RABAT: Raja Maghribi, Raja Mohammed VI selaku Pengerusi Jawatankuasa Al-Quds bertitah agar bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar kepada rakyat Palestin khususnya penduduk di Gaza, lapor Agensi Maghreb Arabe Press (MAP).
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi memaklumkan, bantuan berkenaan yang keseluruhannya hampir mencecah 180 tan, merangkumi barangan keperluan asas seperti makanan, susu dan keperluan kanak-kanak, selain ubat-ubatan dan peralatan pembedahan untuk golongan yang paling terkesan.
Ia turut meliputi selimut, khemah yang sesuai serta pelbagai peralatan lain.
Bantuan itu akan dihantar melalui laluan khas bagi memastikan penghantaran segera dan terus kepada para penerima dalam kalangan rakyat Palestin.
Usaha itu merupakan sebahagian daripada solidariti Kerajaan Maghribi, serta mencerminkan komitmen berterusan baginda terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan hak-hak mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Maghribi
#Raja Mohammed VI
#bantuan kemanusiaan
#kebuluran di Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan