awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Thailand perkenan Kabinet baharu di bawah PM Anutin

Bernama
Bernama
19/09/2025
12:58 MYT
Raja Thailand perkenan Kabinet baharu di bawah PM Anutin
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn memperkenankan pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn memperkenankan pembentukan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, menurut satu titah diraja pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Warta Diraja rasmi, baginda melantik 36 anggota Kabinet yang dipilih Anutin, termasuk enam timbalan perdana menteri serta beberapa menteri lain, susulan perkenan terhadap pelantikan beliau sebagai perdana menteri baharu awal bulan ini.
Dengan Anutin yang turut memegang jawatan menteri dalam negeri, Parti Bhumjaithai akan mengetuai kerajaan campuran dengan memegang bahagian terbesar iaitu 12 kerusi Kabinet, termasuk tiga jawatan dalam pejabat perdana menteri.
Perkenan diraja ini membuka jalan kepada Kabinet baharu itu untuk mengangkat sumpah taat setia di hadapan baginda serta membentangkan kenyataan dasar di parlimen, sebagai langkah terakhir sebelum para menteri boleh memulakan tugas secara rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Thailand Maha Vajiralongkorn
#perkenan kabinet baharu
#Perdana Menteri Thailand
#Anutin Charnvirakul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan