awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
23/12/2017
11:12 MYT
Rakyat Malaysia cuba bawa keluar senjata api dari Pakistan ditahan
Laporan media Pakistan memetik Al Muhd Alfie Kqhyriel sebagai suspek anggota militan yang cuba menyeludup keluar sejumlah senjata api yang telah dilerai di dalam bagasi miliknya. -Foto tribune.com.pk
Seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 20 tahun ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi selepas cuba menyeludup keluar senjata api.
Laporan media Pakistan memetik Al Muhd Alfie Kqhyriel sebagai suspek anggota militan yang cuba menyeludup keluar sejumlah senjata api yang telah dilerai di dalam bagasi miliknya.
Polis menjumpai sejumlah empat pucuk pistol, lapan kelopak peluru, dan 70 butir peluru pada Al Muhd Alfie.
Maklumat awal menyebut senjata dan peluru berkenaan mahu dibawa ke Malaysia berdasarkan tiket perjalanan yang dibeli, lapor Daily Pakistan Global.
Hasil pemeriksaan mendapati senjata tersebut disembunyikan di tempat rahsia di dalam beg Al Muhd Alfie termasuk yang disorok di dalam seluar dan kasutnya.
Al Muhd Alfie kemudian diserahkan ke balai polis lapangan terbang untuk tindakan lanjut.
Siasatan turut menjurus kepada penglibatan Al Muhd Alfie dengan kumpulan pengganas Daish.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan media Pakistan, Al Muhd Alfie dilahirkan pada 17 Julai 1997 di Kuching, Sarawak.
Topic Berkaitan
#daish
#Kuching
#Malaysia
#militan
#Pakistan
#pengganas
#rakyat Malaysia
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan