awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Thailand tunjuk sokongan, kasih sayang kepada Raja Bhumibol yang gering

Agensi
Agensi
13/10/2016
06:29 MYT
Rakyat Thailand tunjuk sokongan, kasih sayang kepada Raja Bhumibol yang gering
Orang ramai memberi sokongan secara spiritual kepada raja kesayangan mereka. - Foto Reuters
Rakyat Thailand terus berkumpul di luar Hospital Siriraj di Bangkok untuk memberi sokongan spiritual kepada Raja Bhumibol Adulyadej yang sejak beberapa bulan lalu menerima rawatan atas pelbagai masalah kesihatan.
Perkongsian foto di portal berita Bangkok Post menunjukkan, orang ramai melakukan upacara berdoa dan bersembahyang untuk berkongsi rasa kasih sayang dan mengharapkan kesembuhan segera raja kesayangan mereka.
Ramai yang datang ke lokasi tersebut dan duduk di atas jalan sejak awal pagi untuk mendoakan kesejahteraan Raja Bhumibol.
Selain itu, bagi yang tidak dapat berada di kawasan hospital, mereka menzahirkan perasaan mereka melalui media sosial.
Sementara itu, ramai pengguna Facebook menukar gambar profil masing-masing dengan imej berlatar merah jambu dan mesej seperti ‘Semoga Raja dipanjangkan usia’. Mesej itu dalam Bahasa Thailand disertai motif hati berwarna kuning.
Orang ramai melakukan upacara berdoa dan bersembahyang untuk berkongsi rasa kasih sayang dan mengharapkan kesembuhan segera raja kesayangan mereka.
Ramai pengguna media sosial Thailand menukar gambar profil merka dengan imej seperti ini untuk menyatakan sokongan kepada raja mereka. - Foto sumber Facebook
Warna kuning telah sekian lama merujuk kepada Raja Bhumibol dan warna itu sering digunakan rakyat Thai untuk menyatakan sokongan, kesetiaan dan kasih saying kepada institusi diraja.
Pengguna media sosial juga memuat naik gambar-gambar raja mereka dalam pelbagai peristiwa sama ada sewaktu zaman muda bersama keluarga di istana, ketika membuat lawatan bertemu rakyat jelata, mahupun sewaktu melakukan lawatan rasmi ke negara luar.
Pada Rabu, keadaan Raja Bhumibol secara keseluruhannya masih belum stabil dan hatinya tidak berfungsi secara normal. Darahnya juga menunjukkan tanda-tanda jangkitan, dan nadinya lemah.
Topic Berkaitan
#kasih sayang
#raja bhumibol adulyadev
#Raja Thailand
#rakyat Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan