awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan

Bernama
Bernama
20/02/2025
11:45 MYT
AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Pengurangan ini akan memberi kesan kepada kedutaan di Beijing dan konsulat di Guangzhou, Shanghai, Shenyang, Wuhan, dan Hong Kong. - Gambar fail
MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus, lapor Sputnik memetik laporan akhbar South China Morning Post pada Khamis, yang memetik kepada beberapa sumber.
Pengurangan ini akan memberi kesan kepada kedutaan di Beijing dan konsulat di Guangzhou, Shanghai, Shenyang, Wuhan, dan Hong Kong, menurut laporan itu, yang menyatakan kakitangan misi diplomatik mungkin akan menerima pemakluman berkaitan seawal Jumaat ini.
Ini kemungkinan pengurangan terbesar pertama dalam kakitangan diplomatik AS di China sejak penubuhan hubungan rasmi dengan China pada 1979, menurut laporan itu.
Pengurangan yang bakal dilaksanakan itu dilaporkan sebahagian daripada usaha Rumah Putih untuk menyusun semula kor diplomatik AS di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#diplomat
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan