awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancangan lupus burung merpati di bandar Cognac cetus kemarahan

Bernama
Bernama
25/11/2025
10:42 MYT
Rancangan lupus burung merpati di bandar Cognac cetus kemarahan
Pihak berkuasa mempertahankan langkah itu atas alasan kebersihan dan kerosakan yang disebabkan oleh burung merpati. - Gambar hiasan
PARIS: Rancangan bandar Cognac di barat Perancis melaksanakan operasi menembak burung merpati telah mencetuskan gelombang bantahan penduduk, dengan lebih 21,000 orang menandatangani petisyen dalam talian membantah tindakan pelupusan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Burung merpati adalah makhluk yang dapat merasa. Adalah kejam untuk membunuh mereka," menurut petisyen itu.
Petisyen berkenaan mengesyorkan kaedah kawalan populasi yang lebih berkesan termasuk memasang reban merpati khas.
Tindakan pelupusan itu dijadualkan berlangsung pada minggu ini dan selama tiga hari pada Januari.
Bandar itu mempunyai sistem yang membenarkan pekerja majlis perbandaran melalui dekri yang sesuai menembak burung merpati dengan senapang yang dipasang dengan penyenyap bunyi.
Penembak itu akan ditemani oleh seorang pegawai polis atau ahli majlis perbandaran.
Pihak berkuasa mempertahankan langkah itu atas alasan kebersihan dan kerosakan yang disebabkan oleh burung merpati.
Tindakan pelupusan sebelum ini menyaksikan ratusan burung merpati ditembak.
Bandar itu juga pernah mengupah pengendali burung helang untuk menghalau burung berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu burung merpati
#ancaman burung merpati
#Perancis
#cognac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan