awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang undang-undang pengurangan cukai Trump diluluskan jawatankuasa Kongres

Bernama
Bernama
19/05/2025
15:30 MYT
Rang undang-undang pengurangan cukai Trump diluluskan jawatankuasa Kongres
Rang undang-undang pengurangan cukai oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diluluskan melalui undian jawatankuasa utama Kongres pada Ahad, membuka laluan untuk dibahaskan dan diundi di peringkat dewan penuh. - Foto REUTERS/Annabelle Gordon
WASHINGTON: Rang undang-undang pengurangan cukai oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diluluskan melalui undian jawatankuasa utama Kongres pada Ahad, membuka laluan untuk dibahaskan dan diundi di peringkat dewan penuh, lapor Xinhua.
Rang undang-undang itu diluluskan dengan undian 17-16 mengikut garis panduan parti, apabila empat anggota konservatif Republikan dalam Jawatankuasa Belanjawan Dewan, yang sebelum ini menyekat rang undang-undang itu, membenarkannya diteruskan dengan mengundi "hadir" tanpa menyatakan sokongan atau bantahan.
Rang undang-undang itu merangkumi peningkatan besar dalam perbelanjaan untuk penguatkuasaan imigresen dan ketenteraan, serta bakal melanjutkan pengurangan cukai Trump pada 2017 yang dijadualkan tamat pada akhir tahun ini.
Turut dimasukkan dalam rang undang-undang itu ialah beberapa pemotongan terhadap peruntukan Medicaid, bantuan makanan dan pembiayaan tenaga bersih.
Menurut media AS, rang undang-undang itu mungkin perlu disesuaikan bagi mendapat kelulusan di Dewan Perwakilan sepenuhnya, memandangkan ahli Republikan di Senat memberi isyarat yang ia tidak akan diluluskan tanpa pindaan besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rang undang-undang pengurangan cukai
#Presiden AS Donald Trump
#jawatankuasa Kongres
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan