awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan ribu berhimpun di Jakarta zahir sokongan kepada Palestin

Bernama
Bernama
05/11/2023
09:22 MYT
Ratusan ribu berhimpun di Jakarta zahir sokongan kepada Palestin
Kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih, membawa sepanduk #FreePalestine, dan mengibarkan bendera Palestin. - Bernama
JAKARTA: Ratusan ribu orang berhimpun di Jakarta pada Ahad bagi menzahirkan solidariti mereka dengan rakyat Palestin serta mengecam serangan Israel ke atas orang awam di negara itu.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh pelbagai kumpulan dalam Perikatan Rakyat Indonesia untuk Palestin dimulakan dengan perarakan melalui bandar-bandar dan kemudiannya berhimpun di Tugu Negara di tengah-tengah Dataran Merdeka.
Kebanyakan peserta perhimpunan memakai pakaian serba putih, membawa sepanduk #FreePalestine, dan mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan slogan bersama-sama, menyeru Israel menghentikan serangannya ke atas Gaza.
Kelibat pemimpin-pemimpin agama, tokoh politik dan menteri seperti Menteri Luar Retno Marsudi dan Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas turut kelihatan.
Turut hadir ialah Speaker Dewan Rakyat Puan Maharani, bekas Naib Presiden Jusuf Kalla, dan calon presiden Anies Baswedan.
Retno mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan Indonesia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menzahirkan penghargaan atas sumbangan masyarakat setempat kepada misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau juga membacakan puisi bertajuk "Palestin, Saudaraku", dengan bait-bait meruntun jiwa, "setiap 10 minit, seorang kanak-kanak meninggal dunia di Gaza, beribu-ribu ibu bapa kehilangan anak-anak mereka".
Sementara itu, Yaqut menyeru orang ramai untuk mendoakan para syuhada yang menjadi mangsa pencerobohan Israel dan berdoa agar keamanan, keadilan dan kemerdekaan bagi rakyat Palestin dapat dikecapi segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solidariti
#Palestin
#Jakarta
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan