awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan wartawan New York Times lancar mogok 24 jam

Faida Rahim
Faida Rahim
08/12/2022
23:00 MYT
Ratusan wartawan New York Times lancar mogok 24 jam
Secara rasmi ini merupakan mogok melibatkan pekerja dalam jumlah yang ramai dalam tempoh empat dekad. - Foto REUTERS/Jeenah Moon
NEW YORK: Ratusan wartawan dan pekerja akhbar New York Times melancarkan mogok dengan berjalan kaki selama 24 jam sekali gus menjadi mogok pertama berskala besar dalam tempoh 40 tahun.
Pekerja di bilik berita dan lain-lain di bawah kesatuan buruh Newsguild New York memberitahu bosan dengan rundingan tawar menawar sejak kontrak akhir yang tamat pada Mac 2021.
Khamis lalu, kesatuan pekerja mengumumkan lebih daripada 1,100 pekerja akan mengadakan pemberhentian kerja 24 jam bermula jam 12:01 pagi melainkan jika kedua pihak mencapai kata sepakat.
The NewsGuild dalam satu ciapan menulis; "Secara rasmi ini merupakan mogok melibatkan pekerja dalam jumlah yang ramai dalam tempoh empat dekad. Ini bukan satu keputusan mudah menolak kerja yang anda suka, tetapi kami sanggup melakukan apa yang diperlukan demi mewujudkan bilik berita yang lebih baik untuk semua."
Rundingan telah berlangsung namun pihak kesatuan pekerja tidak berpuas hati dalam pelbagai isu termasuk kenaikan gaji dan dasar kerja dari rumah.
Kesatuan turut memaklumkan menerusi Twitter, kata sepakat masih belum dicapai.
“Kami sudah bersedia untuk bekerja selama mana yang mungkin untuk mendapat keadilan. Kami tahu bahawa kami sepatutnya dihargai,” ujar kesatuan.
Dalam pada itu, jurucakap New York Times Danielle Rhoades Ha berkata mereka masih dalam proses rundingan ketika diberitahu bahawa mogok itu sedang berlaku.
The NewsGuild memaklumkan syarikat memberitahu pekerja tidak akan dibayar gaji sepanjang tempoh mogok berlangsung.
The New York Times telah menyaksikan protes setengah hari pada Ogos lalu yang diwakili pekerja bahagian teknologi yang mendakwa wujud unsur ketidakadilan.
Topic Berkaitan
#New York
#New York Times
#mogok
#Newsguild New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan