awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja ditahan selepas masjid terbakar di London

Agensi
Agensi
27/09/2015
16:23 MYT
Remaja ditahan selepas masjid terbakar di London
Dua lelaki yang berusia 16 dan 14 tahun ditahan kerana disyaki membakar dan kekal dalam tahanan di balai polis selatan London.
Dua remaja ditahan pada Ahad setelah satu kebakaran di sebuah masjid di London yang dikatakan paling besar di Eropah barat.
Sepuluh trak bomba telah dihantar untuk memadam api yang berlaku pada Sabtu di Masjid Baitul Futuh di Morden, barat daya London. Asap itu boleh dilihat di seluruh bandar.
Dua lelaki yang berusia 16 dan 14 tahun ditahan kerana disyaki membakar masjid tersebut dan menurut ibu pejabat polis Scotland Yard, dua remaja kini masih ditahan di balai polis selatan London.
Seorang lelaki, dikatakan berada dalam usia 40-an, telah dibawa ke hospital selepas terhidu asap, lapor perkhidmatan ambulans London.
Kebakaran itu menjejaskan separuh daripada tingkat bawah, sebahagian daripada tingkat satu serta bahagian bumbung.
Tambah pasukan Bomba London, hanya bangunan-bangunan pentadbiran yang terbakar namun “bersyukur masjid itu tidak terjejas”.
Masjid ini dibina untuk komuniti Ahmadiyya sebagai tempat pertemuan dan mengadakan acara sosial keagamaan.
Masjid itu dapat memuat sekurang-kurangnya 10,500 jemaah.
Topic Berkaitan
#Ahmadiyya
#London
#masjid
#remaja
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan