awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rio raikan kiraan 1000 hari ke Olimpik 2016

AFP
AFP
09/11/2013
10:29 MYT
Rio raikan kiraan 1000 hari ke Olimpik 2016
Rio menandai 1000 hari ke Sukan Olimpik 2016 dengan perasmian ‘letupan’ pintu masuk terowong ke Transolimpica iaitu lebuhraya baru yang akan menghubungkan pusat bandar dengan tapak sukan akan datang.
Presiden Jawatankuasa Penganjur Carlos Arthur Nuzman dan gabenor Rio Sergio Cabral bersama-sama menekan butang untuk meledakkan letupan.
Rio, sebagai bandar tuan rumah telah mengambil langkah yang hebat ke arah pelancaran lebuh raya sepanjang 23km itu yang akan membantu untuk menghubungkan empat zon persaingan.
Pihak penganjur berkata sukan Olimpik yang pertama yang akan diadakan di Amerika Selatan adalah tentang menyediakan bandar dengan infrastruktur yang berkekalan. Nuzman memberitahu pemberita: "Pembinaan ini adalah sejarah yang penting dan asas dalam menyediakan warisan untuk rakyat."
Brazil sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah dikejutkan dengan bantahan lebih 200 juta penduduk yang mengadu bahawa anggaran kos gabungan USD$30 bilion untuk menganjurkan Piala Dunia tahun depan di 12 bandar serta Sukan Olimpik.
Mereka berpandangan bahawa ia terlalu besar untuk ditanggung di mana wang tersebut lebih baik dibelanjakan untuk projek-projek sosial .
Terdapat juga kebimbangan bahawa negara itu akan menghadapi masalah untuk rombakan infrastrukturnya yang luntur tepat pada masanya.
Pasukan penyelarasan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC ) bagaimanapun telah membuat lima lawatan ke Rio dan mengiktiraf kemajuannya sebagai mantap.
Nuzman pada Khamis juga memberitahu bahawa beliau "benar-benar yakin semua projek-projek pembinaan akan dihantar dalam tempoh yang dijangkakan. "
Ketua IOC Thomas Bach kepada AFP lewat Khamis pula yakin bahawa Rio akan membuktikan tuan rumah yang sangat baik.
Topic Berkaitan
#lebuh raya
#Rio
#Sukan Olimpik
#transolimpica
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan