awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket hentam kawasan berhampiran lapangan terbang Baghdad

Bernama
Bernama
01/10/2024
10:40 MYT
Roket hentam kawasan berhampiran lapangan terbang Baghdad
Pasukan keselamatan Iraq menemukan pelancar roket di atas sebuah trak yang ditinggalkan di kejiranan al-Ameriyah di barat Baghdad. - Google Maps
BAGHDAD: Dua roket Katyusha menghentam kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Selasa, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan, menurut pihak tentera Iraq, lapor Xinhua.
Serangan itu berlaku pada 12.20 pagi waktu tempatan Selasa (9.20 malam GMT Isnin) apabila dua roket menghentam kawasan berhampiran lapangan terbang, dengan satu daripadanya mengenai pangkalan Perkhidmatan Antikeganasan Iraq, menurut kenyataan jurucakap Komando Operasi Bersama Iraq, Tahsin al-Khafaji.
Pasukan keselamatan Iraq menemukan pelancar roket di atas sebuah trak yang ditinggalkan di kejiranan al-Ameriyah di barat Baghdad dan berjaya mematikan beberapa roket yang tidak dilepaskan dalam pelancar itu, kata al-Khafaji, sambil menambah bahawa maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian.
Sementara itu, sumber Kementerian Dalam Negeri memberitahu Xinhua bahawa pasukan Iraq mengepung kawasan kejiranan berkenaan dan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti penyerang.
Beliau berkata serangan itu nampaknya menyasarkan pangkalan tentera Iraq yang menempatkan pakar ketenteraan Amerika Syarikat (AS) berhampiran lapangan terbang.
Tiada kumpulan setakat ini mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS dan kedutaan AS di Zon Hijau Baghdad sering menjadi sasaran serangan mortar dan roket yang tidak diketahui punca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baghdad
#roket
#Katyusha
#Lapangan Terbang Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan