awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roket Starship milik SpaceX meletup semasa ujian penerbangan kesembilan

Bernama
Bernama
28/05/2025
04:30 MYT
Roket Starship milik SpaceX meletup semasa ujian penerbangan kesembilan
Roket setinggi 400 kaki itu berlepas pada 7.37 malam waktu Timur dari tapak pelancaran SpaceX Starbase di Boca Chica, Texas, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, pada Selasa. - Gambar AP
WASHINGTON: Roket Starship milik SpaceX meletup ketika menjalani penerbangan ujian kesembilan pada Selasa, meneruskan cabaran syarikat Elon Musk yang berusaha meraih kejayaan selepas dua kegagalan misi awal tahun ini, menurut Anadolu Ajansi.
"Seolah-olah ujian penerbangan ini belum cukup mendebarkan, Starship mengalami kegagalan struktur secara tiba-tiba atau "rapid unscheduled disassembly". Pasukan kami akan terus meneliti data dan bersedia untuk ujian penerbangan seterusnya.
"Dalam ujian seperti ini, kejayaan diukur melalui pelajaran yang diperoleh dan ujian hari ini akan membantu kami meningkatkan kebolehpercayaan Starship...," kata SpaceX dalam kenyataan di platform X.
Roket setinggi 400 kaki itu berlepas pada 7.37 malam waktu Timur (2337GMT) dari tapak pelancaran SpaceX Starbase di Boca Chica, Texas, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Ujian itu dijalankan susulan penambahbaikan yang dibuat selepas kegagalan peringkat atas roket pada Januari dan Mac lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#roket Starship
#Roket Starshi meletup
#SpaceX
#Elon Musk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan