awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global

Bernama
Bernama
10/03/2025
02:50 MYT
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Marco Rubio (kiri) sebelum berlepas menaiki pesawat di Pangkalan Udara Homestead di Homestead, Florida, 9 Mac 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Kanada minggu ini bagi perbincangan peringkat tinggi berhubung perang Rusia-Ukraine serta isu keselamatan global, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad.
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bagi membincangkan isu serantau serta langkah memperkukuh hubungan AS-Arab Saudi, menurut jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce.
Selepas pertemuan itu, Rubio akan berlepas ke Charlevoix, Kanada pada Rabu bagi menghadiri mesyuarat menteri luar G7 selama tiga hari, yang bertujuan mengukuhkan visi dasar luar "America First" Presiden Donald Trump, kata Bruce.
Ketegangan antara Kanada dan AS semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu berikutan cadangan Trump untuk mengenakan tarif serta kenyataannya yang mencadangkan bahawa negara jiran di utara AS itu sepatutnya menjadi sebahagian daripada wilayahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Marco Rubio
#Amerika Syarikat
#Ukraine
#Arab Saudi
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan