awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah hanyut di hari perkahwinan, pasangan terima 'hadiah kahwin' AS$78,000

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2021
01:13 MYT
Rumah hanyut di hari perkahwinan, pasangan terima 'hadiah kahwin' AS$78,000
Pasangan itu turut berterima kasih kepada mereka yang prihatin apabila berjaya mengumpul dana AS$78,000 menerusi kutipan sumbangan secara dalam talian. - Foto cdn.newsapi.com.au
SIAPA sangka, hari perkahwinan yang sepatutnya menjadi memori terindah bertukar tragedi bagi pasangan Sarah Soars, 24, dan Joshua Edge, 26.
Ia selepas kediaman mereka di bandar Taree, New South Wales dihanyut banjir pada hari sama mereka berkahwin.
"Kami terima panggilan daripada mereka yang berdekatan memaklumkan apa yang berlaku.
"Sarah yang berada berdekatan dengan kawasan itu turut melihat rumah kami hanyut dibawa arus sungai," katanya kepada ABC News.
Pasangan itu akui, mereka kehilangan segalanya termasuk haiwan, kenderaan dan barangan peribadi.
Namun, pada Isnin, sebuah firma hartanah memaklumkan terdapat pemilik rumah yang bermurah hati untuk menyumbang kepada pasangan itu sebuah rumah untuk mereka diami.
"Hari ini kami terima sebuah rumah untuk Josh dan Sarah yang telah kehilangan rumah mereka akibat banjir pada Sabtu lalu.
"Kami amat gembira dapat membantu Josh dan Sarah untuk memulakan hidup baru," kata LJ Hooker di akaun Facebook miliknya.
BACA: Banjir: Ribuan penduduk New South Wales diarah sedia berpindah
Malah, pasangan itu turut berterima kasih kepada mereka yang prihatin apabila berjaya mengumpul dana AS$78,000 menerusi kutipan sumbangan secara dalam talian.
Taree merupakan antara kawasan di New South Wales yang teruk dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.
Topic Berkaitan
#banjir Australia
#rumah hanyut banjir
#musibah hari kahwin
#New South Wales
#perkahwinan
#Taree
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan