awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb

Bernama
Bernama
08/02/2026
11:45 MYT
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Trump secara rasmi melancarkan "Lembaga Keamanan" pada 22 Jan lepas dalam satu majlis menandatangani piagam sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Rumah Putih sedang merancang mesyuarat peringkat pemimpin bagi Lembaga Keamanan pada 19 Feb ini, lapor Xinhua memetik portal media Amerika Syarikat (AS), Axios pada Sabtu.
"Ia bakal menjadi mesyuarat pertama Lembaga Keamanan serta persidangan mengumpul dana bagi pembinaan semula Gaza," kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali.
Mesyuarat itu dirancang untuk diadakan di Institut Keamanan AS, manakala pentadbiran Donald Trump mula menghubungi puluhan negara pada Jumaat bagi menjemput pemimpin mereka, lapor Axios.
Menurut Axios, perancangan bagi sidang kemuncak itu masih di peringkat awal dan mungkin berubah, sambil menambah bahawa Rumah Putih enggan memberikan ulasan.
Presiden AS Donald Trump secara rasmi melancarkan apa yang dikenali sebagai "Lembaga Keamanan" pada 22 Jan lepas dalam satu majlis menandatangani piagam sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.
Beberapa kuasa besar dunia dan sekutu tradisi AS dilaporkan enggan menyertai lembaga itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Keamanan
#Amerika Syarikat
#Gaza
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan