awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuh selepas dua jam menentang graviti

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2018
06:06 MYT
Runtuh selepas dua jam menentang graviti
Bangunan kediaman setinggi empat tingkat itu runtuh ketika rakaman siaran langsung stesen TV tempatan. - Foto Sinar Harian
Sebuah bangunan kediaman setinggi empat tingkat di tengah Istanbul runtuh, semalam beberapa jam selepas ia berada dalam keadaan condong berikutan asasnya musnah akibat hujan lebat berterusan.
Gambar bangunan di daerah Sutluce di kawasan kejiranan Beyoglu seakan menentang graviti selama dua jam turut menarik perhatian petugas media.
"Ketika rakaman siaran langsung dibuat stesen TV tempatan, kedudukan bangunan itu beralih secara tiba-tiba sebelum ia runtuh di lereng akibat aliran lumpur," menurut laporan media tempatan.
Difahamkan, penduduk bangunan yang dibina pada 1994 itu telah dipindahkan dan kawasan sekitar turut dikepung sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, Datuk Bandar Beyoglu, Ahmet Misbah Demircan yang melawat lokasi kejadian berkata, penduduk yang terjejas akan diberikan rumah baharu.
Insiden itu jelas menunjukkan beberapa bangunan kediaman terdedah kepada gempa bumi atau gegaran kecil daripada kerja pembinaan berhampiran. - Agensi
Topic Berkaitan
#Beyoglu
#condong
#graviti
#hujan
#Istanbul
#lereng
#rumah
#runtuh
#siaran langsung
#Stesen Televisyen
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan