awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia akan lancar stesen lunar pertama dalam tempoh 50 tahun

Bernama
Bernama
03/08/2023
21:00 MYT
Rusia akan lancar stesen lunar pertama dalam tempoh 50 tahun
Tugas utama misi adalah untuk menguji teknologi pendaratan sempurna, mengkaji struktur dalaman dan meneroka sumber, termasuk air. - Gambar hiasan/Unsplash
VLADIVOSTOK: Stesen lunar pertama Rusia dalam tempoh hampir 50 tahun, Luna-25, akan berlepas ke bulan pada awal pagi 11 Ogos, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.
Menurut RIA Novosti Rusia, tarikh pelancaran ditetapkan pada 11 Ogos apabila roket Soyuz-2.1b dengan bahagian atas Fregat dan stesen automatik akan berlepas dari Kosmodrom Vostochny yang terletak di Wilayah Amur pada 2.10 pagi waktu Moscow (2310 GMT pada 10 Ogos).
Sebelum ini, Luna-24 dilancarkan pada tahun 1976. Kapsul berkenaan pulang ke bumi membawa kira-kira 170g tanah bulan.
Luna-25 tidak mempunyai kapsul pulang dan dijangka menjadi stesen pertama dalam sejarah yang mendarat di kutub selatan bulan.
Tugas utama misi adalah untuk menguji teknologi pendaratan sempurna, mengkaji struktur dalaman dan meneroka sumber, termasuk air.
Selepas pelancaran dan pemisahan dari roket, bahagian atasnya akan menghantar stesen automatik ke trajektori penerbangan ke bulan. Selepas empat setengah hari, stesen itu akan memasuki orbit mengelilingi bulan dan menukar orbitnya beberapa kali sebelum mendarat di kawasan kutub selatan bulan.
Stesen itu dijangka menjalankan penyelidikan saintifiknya selama setahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stesen lunar
#stesen bulan
#Rusia
#sejarah baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan