awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia ancam larang sepenuhnya WhatsApp

Bernama
Bernama
29/11/2025
08:20 MYT
Rusia ancam larang sepenuhnya WhatsApp
WhatsApp akan disekat sekiranya ia gagal memenuhi keperluan undang-undang Rusia. - Gambar/ Amanz
MOSCOW: Badan penyelia telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor mengancam untuk menyekat sepenuhnya aplikasi WhatsApp di negara itu susulan sekatan terdahulu terhadap perkhidmatan pesanan berkenaan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kenyataan Roskomnadzor yang dipetik agensi berita negara TASS pada Jumaat, WhatsApp akan disekat sekiranya ia gagal memenuhi keperluan undang-undang Rusia.
Sebelum ini, pihak berkuasa berhujah bahawa penjenayah menggunakan WhatsApp untuk pemerasan, penipuan dan melibatkan warga Rusia dalam tindakan sabotaj.
Panggilan melalui WhatsApp dan Telegram telah dihadkan untuk beberapa waktu di Rusia, manakala perkhidmatan Signal dan aplikasi mesej Viber telah disekat sepenuhnya pada 2024.
Aplikasi pemesejan asing dijangka digantikan dengan aplikasi pilihan kerajaan, Max, yang dibimbangi pengkritik akan memberi akses penuh kepada pihak berkuasa terhadap data pengguna.
Pada Julai, parlimen Rusia meluluskan peraturan bahawa pencarian maklumat yang dilabelkan sebagai "ekstremis" oleh pihak berkuasa boleh dikenakan denda sehingga 5,000 rouble (US$64).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#WhatsApp
#sekatan WhatsApp
#kawalan media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan