awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi mengenai Iran kepada UNSC

Bernama
Bernama
23/06/2025
05:40 MYT
Rusia, China, Pakistan serah draf resolusi mengenai Iran kepada UNSC
Rusia, China dan Pakistan telah mengemukakan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang mengecam serangan oleh AS dan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran. -Gambar fail/Reuters
TEHRAN: Rusia, China dan Pakistan telah menyerahkan draf resolusi mengenai situasi di Iran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), menurut laporan agensi berita Mehr (MNA).

Ringkasan AI
  • Rusia, China dan Pakistan telah mengemukakan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang mengecam serangan oleh AS dan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.
  • Draf tersebut menyatakan bahawa serangan terhadap tapak nuklear aman merupakan ancaman serius kepada keselamatan antarabangsa dan sistem kawal selia IAEA.
  • Resolusi itu turut menggesa gencatan senjata serta-merta dan menekankan keperluan untuk semua pihak kembali ke meja diplomasi bagi meredakan ketegangan.

Podcast ini dijana oleh AI menggunakan data yang sahih dan telah disemak mengikut piawaian kewartawanan AWANI.
Langkah itu dibuat berikutan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran baru-baru ini.
Menurut MNA, draf resolusi berkenaan mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap tapak dan kemudahan nuklear yang aman, sambil menyatakan bahawa serangan sedemikian merupakan ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa serta membawa risiko besar kepada sistem kawal selia Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Draf resolusi itu turut menggesa gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat.
"Ketiga-tiga negara itu menekankan keperluan agar pihak-pihak terlibat kembali ke landasan diplomasi," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia China dan Pakistan
#draf resolusi
#Majlis Keselamatan PBB
#UNSC
#kemudahan nuklear Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami