awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS

Agensi
Agensi
27/01/2018
15:28 MYT
Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
TILLERSON: Ini adalah penyebaran bahan kimia yang tidak boleh diterima.
Amerika Syarikat (AS) menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.
Malah Washington mahu Moscow bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah itu.
Setiausaha Negara AS Rex Tillerson pada hari Ahad berkata Washington akan tetap dengan pendirian bahawa Moscow yang bersalah dalam hal itu.
Rusia katanya telah menjadi dalang utama menghasut Syria menggunakan senjata berbahaya itu pada 21 Ogos 2013.
Dalam kejadian di Ghouta itu, dianggarkan sekurang-kurangnya 1,729 orang awam terbunuh.
"Ini adalah penyebaran bahan kimia yang tidak boleh diterima.
"Ia jelas melanggar Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang turut ditandatangani Rusia dan sekarang Rusia perlu dipertanggungjawabkan dalam hal itu.
Ini merupakan tuduhan kali kedua yang dibuat AS selepas kali pertama pada Selasa lalu di Paris.
Pertemuan yang diadakan di Paris itu adalah bagi mengenal pasti tindakan sekatan dan tuduhan jenayah yang perlu diambil ke atas dalang serangan senjata kimia terbabit.
Hasil pertemuan itu merumuskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan.
Sementara itu dalam reaksi balasnya, Moscow menolak sekeras-kerasnya dakwaan terbabit dan menyifatkan tuduhan Washington itu sengaja dilakukan bagi mengheret Rusia ke dalam jenayah itu.
Topic Berkaitan
#AS
#CWC
#jenayah
#Moscow
#Rusia
#senjata kimia
#serangan
#Syria
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan