awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia musnahkan pusat kawalan dron, stesen komunikasi Starlink Ukraine

Bernama
Bernama
02/07/2023
06:41 MYT
Rusia musnahkan pusat kawalan dron, stesen komunikasi Starlink Ukraine
Tentera Rusia telah menangkis serangan kumpulan penyerang Ukraine berhampiran perkampungan Berkhivka di kawasan Bakhmut. - Gambar fail/ AP
MOSCOW: Tentera Rusia telah memusnahkan stesen komunikasi satelit Starlink Ukraine dan pusat kawalan dron berhampiran Bakhmut, kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia kepada Sputnik.
"... artileri kumpulan itu (pasukan Rusia) memusnahkan stesen komunikasi Starlink, pusat kawalan bagi pesawat tanpa pemandu bersama dengan dron Leleka-100, pusat komunikasi dan trak pikap," menurut jurucakap itu.
Selain itu, tentera Rusia telah menangkis serangan kumpulan penyerang Ukraine berhampiran perkampungan Berkhivka di kawasan Bakhmut.
Sementara itu, amaran serangan udara di beberapa wilayah di Ukraine dikeluarkan lewat malam Sabtu, menurut data Kementerian Transformasi Digital Ukraine.
Bunyi siren turut dibunyikan di wilayah Dnipropetrovsk, Kirovohrad, Mykolaiv dan bahagian Zaporizhzhia dan Kherson yang dikuasai Kyiv.
Media Ukraine melaporkan bahawa letupan kedengaran di wilayah Mykolaiv dan di bandar Zaporizhzhia yang dikawal Ukraine.
Serangan terhadap infrastruktur Ukraine telah berlanjutan sejak 10 Okt (dua hari selepas serangan pengganas di Jambatan Crimea).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#pusat kawalan dron
#satelit Starlink
#serangan Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan