awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine laksana pertukaran tahanan terbaharu

Bernama
Bernama
20/03/2025
02:25 MYT
Rusia, Ukraine laksana pertukaran tahanan terbaharu
Askar Rusia bertepuk tangan ketika berada di dalam bas selepas dibebaskan dalam pertukaran tahanan antara Rusia dan Ukraine, 19 Mac 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Rusia dan Ukraine melaksanakan pertukaran tahanan pada Rabu, dengan kedua-dua pihak membebaskan 175 anggota tentera, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Kremlin dan Kyiv.
Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa 175 anggota tenteranya dibebaskan dari wilayah yang dikuasai Ukraine hasil rundingan yang dijalankan.
Selain itu, Moscow turut menyerahkan 175 tawanan perang (POW) Ukraine, bersama 22 anggota tentera Ukraine yang cedera parah sebagai satu "tanda keprihatinan."
Menurut kementerian itu, anggota tentera Rusia yang dibebaskan kini berada di Belarus untuk menerima rawatan perubatan serta sokongan psikologi sebelum dihantar pulang ke Rusia bagi rawatan dan pemulihan lanjut.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umerov pembebasan 175 anggota tenteranya, termasuk 22 lagi anggota yang cedera parah serta tiga anggota yang didakwa secara tidak adil oleh pihak berkuasa Rusia.
Umerov turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy atas usahanya dalam memastikan pembebasan tahanan, serta kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memainkan peranan penting dalam memudahkan pertukaran ini.
UAE sebelum ini bertindak sebagai perantara dalam beberapa pertukaran tahanan antara Rusia dan Ukraine, memanfaatkan hubungan diplomatiknya dengan kedua-dua negara demi membantu rundingan kemanusiaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#pertukaran tahanan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan