awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata

Agensi
Agensi
02/10/2022
09:52 MYT
Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Jenazah pasangan ini dikebumikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Mergan di Kota Malang. - Gambar/ Tangkap layar KOMPAS.com
MALANG: Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, semalam.
Memetik laporan Kompas, pasangan suami isteri yang merupakan penyokong Arema FC atau Aremania itu dipercayai terjatuh di tangga stadium berkenaan.
Anak tunggal mereka, M Alfiansyah, 11, yang turut mengikuti pasangan itu ke stadium bagaimanapun terselamat.
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan: Angka korban dikhuatiri meningkat
Menurut adik Yulianton, Doni ketika ditemui media Indonesia, kemungkinan abangnya terjatuh dari anak tangga stadium.
“Ketika ditemui wajah abang sudah biru pucat. Anak mereka sempat diselamatkan pihak polis,” katanya.
Kata Doni, dia terlalu sedih dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi mengenangkan rancangan abang dan kakak iparnya untuk meraikan ulang tahun anak tunggal mereka itu bulan hadapan.
Difahamkan, jenazah pasangan berkenaan dikebumikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Mergan, Kota Malang.
Dalam kejadian pada Sabtu malam, angka kematian dilaporkan melebihi 150 orang termasuk dua anggota polis.
Insiden itu disifatkan sebagai salah satu bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Marang riot
#rusuhan Stadium Kanjuruhan
#Bola sepak Indonesia
#anak yatim piatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan