awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sanggup jual buah pinggang demi beli makanan'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2022
13:34 MYT
'Sanggup jual buah pinggang demi beli makanan'
akyat Afghanistan beratur untuk menjual buah pinggang di Herat, Afghanistan. - Foto Agensi
KABUL: Sebuah perkampungan berhampiran bandar Herat, digelar ' kampung satu buah pinggang' kerana sejumlah besar penduduk telah menjual organ tersebut bagi memenui keperluan hidup, lapor Oddity Central.
Ketika ini, Afghanistan mengalami kemelesetan ekonomi sejak kumpulan Taliban menguasai negara tersebut selepas Amerika Syarikat (AS) mengundurkan tentera masing-masing pada tahun lalu.
Justeru, rakyat Afghanistan terpaksa bergelut untuk membeli barangan keperluan penting demi meneruskan hidup dengan keluarga masing-masing.
Dalam setengah kes, mereka terpaksa menjual sebelah buah pinggang di pasaran gelap demi membayar hutang atau membeli makanan.
"Saya tidak mahu menjualnya, tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain. Saya lakukan demi anak-anak saya," kata seorang bapa, Nooruddin, 32, memberitahu Agence France Presse.
"Kini saya amat menyesal, saya tidak lagi boleh bekerja kerana sering jatuh sakit dan tidak boleh membuat kerja berat," tambahnya.
Menjual atau membeli organ manusia telah diharamkan dikebanyakkan negara, tetapi aktiviti tersebut di Afghanistan sudah tidak dapat dikawal selagi mendapat persetujuan antara penderma dan doktor
Topic Berkaitan
#kampung satu buah pinggang
#Amerika Syarikat
#Afghanistan
#organ manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan