awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu maut kejadian gempa bumi di Peru

Agensi
Agensi
26/05/2019
16:13 MYT
Satu maut kejadian gempa bumi di Peru
Gempa berukuran 8.0 pada skala Richter itu turut memusnahkan lebih 50 buah rumah. - Foto AP
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 11 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di utara Peru pada awal pagi Ahad.
Pusat Kecemasan Kebangsaan Peru (COEN) memaklumkan, gempa berukuran 8.0 pada skala Richter itu turut memusnahkan lebih 50 buah rumah.
Selain itu, beberapa buah sekolah, gereja, hospital dan klinik juga dilaporkan mengalami kerosakan.
Menurut COEN, mangsa dilaporkan terbunuh akibat rumahnya dihempap batu yang besar ekoran gegaran tersebut.
BACA: Gempa bumi kuat 8.0 magnitud landa Peru
Pusat gempa itu yang terletak pada kedalaman 110 kilometer dirasai gegarannya hampir di seluruh negara tersebut, termasuk negara jirannya Colombia dan Ecuador.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut melanda kira-kira 75 kilometer di tenggara Lagunas dan 180 kilometer timur bandar Moyobamba.
Selain itu, bekalan elektrik turut dilaporkan terputus di bandar-bandar Iquitos dan Tarapoto.
Topic Berkaitan
#COEN
#gempa bumi kuat
#gempa di Peru
#Peru
#Pusat Kecemasan Kebangsaan Peru
#USGS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan