awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian besar kawasan di Puerto Rico masih terputus bekalan elektrik

Bernama
Bernama
18/04/2025
05:20 MYT
Sebahagian besar kawasan di Puerto Rico masih terputus bekalan elektrik
Pemandu mengisi minyak di dalam bekas di sebuah stesen minyak ketika seluruh kawasan mengalami gangguan bekalan elektrik di San Juan, Puerto Rico, 16 Apr 2025. (Foto AP)
MEXICO CITY: Sebahagian besar wilayah di pulau Caribbean, Puerto Rico masih berdepan gangguan bekalan elektrik pada Khamis, hampir sehari selepas berlakunya gangguan bekalan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Menurut laporan rasmi, bekalan elektrik untuk 780,000 daripada 1.5 juta pelanggan di pulau itu masih belum dipulihkan.
Pengendali grid elektrik swasta, LUMA, menjangkakan tempoh sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan bagi memulihkan bekalan elektrik di seluruh pulau.
Gabenor Puerto Rico, Jenniffer Gonzalez menyatakan gangguan itu berpunca daripada pelbagai kerosakan termasuk kerosakan talian kuasa akibat tumbuhan, selain kegagalan sistem perlindungan grid berfungsi dengan baik hingga menyebabkan semua loji janakuasa ditutup secara automatik.
Beliau turut memaklumkan bahawa lapangan terbang, pelabuhan dan hospital masih dibekalkan dengan tenaga elektrik, namun sebahagian hospital bergantung kepada janakuasa mudah alih.
Sebelum ini, satu lagi gangguan besar berlaku pada malam Tahun Baharu, yang hampir melumpuhkan seluruh pulau.
Rakyat Puerto Rico sejak sekian lama mendesak agar kerajaan menamatkan kontrak dengan syarikat pembekal tenaga swasta itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan elektrik
#Puerto Rico
#stesen janakuasa
#syarikat pembekal tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan