awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan baharu EU sasar berlian Rusia

Bernama
Bernama
15/12/2023
09:14 MYT
Sekatan baharu EU sasar berlian Rusia
Rusia merupakan pengeluar berlian terbesar di dunia. - Gambar hiasan/ Reuters
BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pakej sekatan ke-12 ke atas Rusia susulan pencerobohannya ke atas Ukraine, kata jurucakap Presiden Majlis Kesatuan Eropah Charles Michel di luar sidang kemuncak di Brussels, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pakej yang diumumkan pada Khamis memperuntukkan larangan import ke atas berlian dan penetapan had harga eksport minyak Rusia ke negara ketiga yang setakat ini hanya memberi impak kecil.
Sekatan perdagangan terhadap barangan lain turut dirancang serta tindakan punitif terhadap individu dan organisasi yang menyokong operasi ketenteraan Rusia menentang Ukraine.
Perjanjian itu berkuat kuasa pada Jumaat.
Berbeza dengan Britain, Kesatuan Eropah belum memperkenalkan larangan import berlian dan aluminium dari Rusia kerana mendapat tentangan dari Belgium.
Bandar pelabuhan Antwerp telah menjadi antara pusat perdagangan berlian paling penting di dunia sejak abad ke-16.
Rusia pula merupakan pengeluar berlian terbesar di dunia.
Pada 2021, pelombong berlian negeri Alrosa mampu menjana pendapatan 332 bilion rubel (sekitar US$3.6 bilion).
Sebagai tambahan kepada sekatan ekonomi, langkah-langkah dirancang terhadap lebih 100 individu dan organisasi yang menyokong perang Rusia menentang Ukraine. Mereka tidak lagi dapat melupuskan aset di EU, atau memasuki blok itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EU
#perang Rusia-Ukraine
#sekatan ekonomi
#berlian rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan