awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 3 maut, 11 hilang selepas bot terbalik di pesisir selatan California

Bernama
Bernama
06/05/2025
02:20 MYT
Sekurang-kurangnya 3 maut, 11 hilang selepas bot terbalik di pesisir selatan California
Bot yang terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pantai Negeri Torrey Pines, di Del Mar, California, AS, 5 Mei 2025. REUTERS
HOUSTON (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bot terbalik di perairan berhampiran San Diego, California pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Jabatan Sheriff San Diego memaklumkan kepada media tempatan bahawa bot sepanjang 3.7 meter itu terbalik di Pantai Negeri Torrey Pines, kira-kira 32.2 kilometer ke utara San Diego pada 6.30 pagi waktu tempatan (1330GMT).
Pihak berkuasa percaya terdapat 18 orang di atas bot itu.
Seramai tiga mangsa disahkan maut, empat berjaya diselamatkan oleh pasukan kecemasan dan dihantar ke hospital, manakala usaha mencari 11 mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan.
Jabatan Sheriff San Diego memaklumkan bahawa pihaknya bekerjasama dengan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Sementara itu, pegawai dari Jabatan Bomba Encinitas memberitahu stesen televisyen CBS8 bahawa beberapa doktor yang kebetulan melalui kawasan itu dalam perjalanan ke tempat kerja telah berhenti untuk membantu melakukan CPR terhadap mangsa terselamat.
Masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada individu di atas bot merupakan pendatang tanpa izin.
Beberapa agensi kecemasan lain turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot terbalik
#California
#pendatang tanpa izin
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami