awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kebakaran kelab malam di Macedonia Utara

Bernama
Bernama
16/03/2025
09:45 MYT
Sekurang-kurangnya 50 maut dalam kebakaran kelab malam di Macedonia Utara
Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab di Bandar Kocani, Macedonia Utara, yang dihadiri kira-kira 1,500 orang. - Foto REUTERS/Ognen Teofilovski
BELGRADE: Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab di Bandar Kocani, Macedonia Utara, yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik agensi berita kerajaan MIA pada Ahad.
Menurut agensi berita itu, kebakaran tercetus kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan (0200 GMT) semasa konsert kumpulan muzik DNK di Kelab Pulse, dipercayai berpunca daripada penggunaan bunga api.
Kementerian Dalam Negeri belum mengeluarkan kenyataan rasmi setakat pagi Ahad, namun memberitahu agensi berita MIA bahawa sekurang-kurangnya 50 orang maut, manakala puluhan yang cedera dihantar ke hospital di pelbagai bandar di seluruh negara.
Perdana Menteri Macedonia Utara, Hristijan Mickoski, serta anggota kerajaan telah tiba di lokasi kejadian, sementara perkhidmatan kecemasan sedang menjalankan operasi, menurut laporan agensi berita itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Macedonia Utara
#kelab malam
#Kocani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan